Thursday 8 December 2011

Tajuk 2 : Taksonomi Dan Domain Krathwohl


2.1 Kerangka Konsep

 
 

 2.2 Taksonomi Bloom
Tujuan pendidikan dibahagikan kepada tiga domain, iaitu:

 1. Cognitive Domain (Domain Kognitif), melibatkan   perilaku-perilaku yang menekankan aspek intelektual, seperti pengetahuan, pengertian, dan keterampilan berfikir.
2. Affective Domain (Domain Afektif) melibatkan   perilaku-perilaku yang menekankan aspek perasaan dan emosi, seperti minat, sikap, apresiasi, dan cara penyesuaian diri.
3.  Psychomotor  Domain  (Domain  Psikomotor)  mengenai  perilaku-perilaku yang   menekankan   aspek   keterampilan   motor   seperti   tulisan   tangan, berenang, dan mengoperasi mesin.

 Domain Kognitif
Bloom membahagikan  domain kognitif kepada enam tahap. Domain ini terdiri dari dua tahap iaitu:

i.          Pengetahuan

ii.         Kemampuan dan Keterampilan Intelektual



Pengetahuan (Knowledge) 
Berasaskan kemampuan untuk mengenali dan mengingat peristilahan, definisi, fakta-fakta, gagasan, pola, urutan, metodologi, prinsip dasar, dan sebagainya.
 
Pemahaman (Comprehension)
Dikenali dari kemampuan untuk membaca dan memahami gambaran, laporan, jadual , diagram, arahan, peraturan, dan sebagainya.
 
Aplikasi (Application)
Pada tahap ini, seseorang pelajar   memiliki kemampuan untuk menerapkan gagasan, prosedur, metodologi , rumus, teori dan sebagainya   di dalam persekitaran sebenar.

Analisis (Analysis)
 Pada tahap   analisis, seseorang akan mampu menganalisa maklumat yang diperoleh dan mencerakinkannya atau menstrukturkan maklumat itu ke dalam bahagian yang lebih kecil untuk mengenali pola atau hubungannya dan mampu mengenali serta membezakan faktor penyebab dan akibat dari sebuah senario yang rumit.

 
Sintesis (Synthesis)
Seseorang pelajar pada tahap sintesis akan mampu menjelaskan struktur atau pola dari sebuah senario yang sebelumnya tidak terlihat dan mampu mengenali data  atau  maklumat yang  harus  didapati untuk  menghasilkan bentuk penyelesaian yang diharapkan..

Penilaian (Evaluation)
Dikenali dari kemampuan untuk memberikan penilaian terhadap penyelesaian, gagasan, metodologi  dan  sebagainya    dengan  menggunakan  kriteria  yang sesuai atau standard yang ada untuk memastikan nilai efektif atau manfaatnya.
   
  • Domain Psikomotor

 1.  Persepsi 
2.  Persediaan (Set) 
3.  Respons Terpimpin 
4.  Mekanisme (Mechanism) 
5.  Respon Tampak yang Kompleks (Complex Overt Response) 
6.  Penyesuaian (Adaptation) 
7.  Penciptaan (Origination)

2.3 Domain David Krathwohl
  •  Domain Afektif
  • Penerimaan (Receiving/Attending)
  • Tanggapan (Responding)
  • Penghargaan (Valuing)
  • Pengorganisasian (Organization)
  • Perwatakan Berdasarkan Nilai-nilai (Characterization by a Value or Value Complex)

No comments:

Post a Comment