Thursday 8 December 2011

Tajuk 4 : Pembinaan Ujian


4.1 Kerangka Konsep

 

4.2 Pendahuluan 
Selaku guru bahasa kita seharusnya sedar tentang kedudukan dan kepentingan ujian dalam penilaian pendidikan bahasa untuk mendapatkan maklumat tentang pencapaian pembelajaran pelajar-pelajar, kelemahan dan kekuatan pelajar- pelajar dalam pembelajaran mereka. Ini berguna       bagi   guru   untuk memperbaiki   dan  meningkatkan kualiti P&P.

4.3 Jenis-jenis Ujian
Berikut ialah  beberapa jenis ujian iaitu ujian objektif dan ujian subjektif.

4.3.1. Ujian Objektif  
Item ujian jenis objektif ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau yang paling baik. Antara item ujian ini termasuklah item jawapan pendek, item jenis padanan, item jenis aneka pilihan dan kloz.
Item Respons Beba
i. Jenis soalan:      
contoh:

a)         Apakah lawan bagi perkataan rajin? ( malas)

b)         Apakah makna simpulan bahasa kaki ayam? (tidak memakai kasut)

ii. Item Melengkapkan Penyataan

contoh: 
a)         Kita mesti                 bermain sekarang kerana hujan sudah turun.


b)         Saya   terpaksa ................ adik saya kerana emak saya bekerja.


Item Respons Tetap ( Item Objektif Jenis Pilihan)
Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan betul atau paling tepat. Jawapan mungkin dipilih daripada dua atau lebih pilihan.  Item-item itu ialah format salah-betul, padanan, dan aneka pilihan.
 
Item Salah - Betul

Item ini dikenali sebagai Item Dua Pilihan  iaitu item yang mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dengan dua pilihan sahaja iaitu: betul (B) atau salah (S).   Ada ketika   guru menggunakan setuju (S) atau tidak setuju (TS) pada penyataan atau ya (Y) atau tidak (T) pada soalan.


Item Padanan

Item Padanan atau Suaian biasanya mengandungi dua kumpulan objek/ perkara yang berkaitan.  Pelajar dikehendaki memilih jawapannya dengan memadankan  objek/  perkara  yang  berkaitan  di  sebelah  kiri  dengan  objek/
perkara di sebelah kanan.




Kata Bilangan
Contoh
1. Kata Adjektif Sifatan
A. Gadis cantik itu anak Pak Zaini.
2. Kata Adjektif

Pancaindera
B. Budak baik selalu dipuji.
3. Kata Adjektif Bentuk
C. Jalan bengkok ke kampung itu telah ditutup.
4. Kata Adjektif Perasaan
D. Dia amat rindu akan emaknya.

Item Aneka Pilihan 
Item  aneka  pilihan  adalah  daripada  golongan  item  jawapan  tetap  kerana diberikan tindak balas terbatas.   Jenis item aneka pilihan adalah seperti yang berikut.

a.       Item aneka pilihan berbentuk soalan

b.      Jenis jawapan terbaik

c.       Analogi


 Item Jenis Cantuman

Teknik Kloz

Teknik menggunakan ujian kloz, sebagai alat bagi menguji kefahaman bacaan boleh digunakan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah . Sungguhpun teknik kloz  memerlukan prosedur tertentu dari  segi  pembinaan ujian, pentadbiran dan pemarkahan, ini semua tidak sukar dilakukan, dan sepatutnya boleh diuruskan oleh guru-guru Bahasa Melayu.   Dalam ujian kloz pelajar diminta mengisi tempat kosong yang telah sengaja dikosongkan oleh guru/ penguji dalam sesuatu keratan bacaan.  Pada mulanya, pelajar diminta melihat  dan  membaca  keratan  itu  secara  keseluruhannya. Kemudian, berasaskan kefahaman mereka ke atas teks itu keseluruhannya, mereka akan mencuba  mengisi  tempat  yang  dikosongkan  dengan  perkataan  yang  paling sesuai menurut makna keseluruhan teks.
 
4.3.2. Soalan Subjektif

Soalan jenis subjektif terbahagi kepada beberapa pecahan seperti berikut:-
  • Item Jenis Struktur
  • Item Jenis Esei
  • Pembinaan Ujian
Prinsip-prinsip Asas Pengujian dan Penilaian
Antara   prinsip   dasar    yang   harus   dijadikan   garis    panduan   dalam pembinaan sesuatu instrumen penilaian dan pengujian ialah:

i.        Penilaian dan Pengujian Mestilah Bersifat “Kesahan (validity)


a.  Kesahan Isi
b.  Kesahan Ramala
c. Kesahan Serenta
d. Kesahan Gagasan


ii. Kebolehpercayaan Ujian
Kebolehpercayaan merujuk kepada ciri skor berhubung dengan ketepatan dan ketekalan skor bagi menggambarkan prestasi calon dalam perkara yang diuji.

 Rumusan
Dalam proses pembinaan item ujian beberapa perkara yang berhubungan dengan pembinaan item ujian tersebut harus dipertimbangkan.  Antaranya ialah objektif ujian, kandungannya, kemahiran-kemahiran yang akan diuji dan seterusnya aras ujian itu sendiri.

No comments:

Post a Comment