Thursday 8 December 2011

Tajuk 5 : Jenis Penilaian Bahasa


5.1 Kerangka Konsep



 5.2 Ujian Formatif dan Sumatif
Terdapat beberapa   jenis ujian, iaitu ujian formatif, ujian sumatif,ujian kefasihan,ujian kemajuan, ujian bakat dan ujian pencapaian. Perbezaan antara ujian formatif dan sumatif pada  asasnya berdasarkan skop kemahiran, jangkamasa P&P atau objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak diuji.
  
5.3 Ujian Formatif
 Ujian Formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran atau subkemahiran bahasa yang diajar. Biasanya skop pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut agak terhad dan tidak luas.Tujuan utama guru menjalankan ujian formatif untuk memperbaiki lagi mutu proses pengajaran dan pembelajaran. Ujian Formatif dapat mengesan kelemahan dan pembelajaran murid secara serta-merta. Biasanya ujian ini dijalankan dalam bentuk pemerhatian atau pun dalam satu siri ujian yang pendek.

 
5.4 Ujian Sumatif 
Ujian sumatif ialah proses penilaian yang dijalankan secara menyeluruh pada akhir satu peringkat pembelajaran untuk menentukan tahap pembelajaran dalam kalangan murid. Skop pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk Ujian Sumatif diasaskan dan dibina secara luas dan melibatkan kesemua kemahiran dan aspek bahasa.

 
 
5.5 Perbezaan Antara Ujian Formatif dan Ujian Sumatif
  
Ujian Formatif
Perbezaan
Ujian Sumatif
1.  Maklum balas kepada pelajar
dan   guru:         kemajuan dan kelemahan.


Fungsi
1. Pensijilan atau

penggredan


2. Sepanjang pengajaran


Masa
2. Pada akhir

unit/kursus


3. Kognitif, psikomotor dan afektif


Penekanan


3.Kognitif


4. Terhad kepada tugasan


Sifat
4. Beraneka jenis


5. Berubah-ubah


Kesukaran
5. Senang sukar


6. Dibentuk khas


Alat
6. Peperiksaan akhir

tahun


7. Rujukan kriteria


Jenis ujian


7.Rujukan norma



5.8 Ujian Bakat, Ujian Pencapaian, Ujian Kefasihan dan Ujian Kemajuan

Manakala ujian bakat bertujuan mengesan bakat seseorang dalam menguasai bahasa asing.

Ujian Pencapaian bertujuan untuk menentukan setakat manakah murid- murid telah menguasai kemahiran, bahan atau isi pelajaran yang telah dipelajari.

Ujian Kefasihan pula bertujuan untuk menentukan setakat manakah seseorang telah mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan.

Ujian Kemajuan merupakan ujian yang menentukan kemajuan murid dari semasa ke semasa di sepanjang pembelajaran mereka.


NOTA TAMBAHAN

Ujian Bakat
 Ujian bakat biasanya melibatkan data-data bahasa yang mengandungi unsur-unsur bahasa seperti fonetik,tatabahasa dan kosa kata. Melalui ujian ini murid-murid akan melakukan berbagai-bagai aktiviti bahasa seperti meniru penyebutan bunyi-bunyi, mengubah bentuk, atau struktur sesuatu bahasa, menentukan makna berdasarkan konteks dan sebagainya. Setelah hasil ujian dianalisis guru dapat mengenal pasti murid-murid yang berbakat dan berpotensi untuk mempelajari sesuatu bahasa dengan cepat.

   Ujian Pencapaian
Ujian ini boleh dijalankan pada akhir kursus atau setelah tamatnya sesuatu unit pembelajaran.Sejauh mana sesuatu kemahiran itu dikuasai dalam satu jangkamasa yang ditetapkan boleh ditentukan melalui dua set ujian yang berlainan. Ujian ini dinamakan ujian pra dan ujian pos.

Ujian Kefasihan
Ujian ini menilai kebolehan umum seseorang terhadap bahasa yang dipelajarinya. Biasanya ujian ini digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan pengetahuan dan kebolehan mereka.

No comments:

Post a Comment