Wednesday, 14 December 2011

Tajuk 9 : Konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Bahagian I

PENGENALAN

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah .  Ianya dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

 PBS merupakan salah satu komponen pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

 Demi menjamin kualiti pelaksanaan PBS, mekanisma penyelarasan dan pemantauan akan dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah.

PBS di peringkat Ujian Pencapaian Sekolah Rendah terdiri daripada 2 bentuk iaitu:

 •      Kerja Kursus

      Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS)

PENYATAAN DASAR

 Sekolah wajib melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi semua mata pelajaran yang mempunyai komponen kerja kursus, amali, projek, modul dan ujian lisan.

·         Pelaksanaan Kerja Kursus PEKA Sains dan PAFA dijalankan mengikut Jadual Kerja yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

·         PBS mesti dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Keputusan calon akan terjejas sekiranya calon tidak melaksanakan kerja kursus atau tiada markah kerja kursus.

·         Setiap calon mestilah mempunyai semua markah / pencapaian PBS setelah tamat tempoh pelaksanaan.

·         PBS dilaksanakan mengikut garispanduan yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan  Malaysia.

·         Calon yang beragama Islam wajib melaksanakan Ujian PAFA.

·         Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) mesti dilaksanakan mengikut buku Panduan PLBS.

·         Jawatankuasa Induk PBS peringkat negeri, bahagian / daerah / gabungan dan sekolah perlu ditubuhkan.

·         Kos dan pelaksanaan PBS di bawah tanggungan serta tanggungjawab pihak sekolah.

·         Terdapat empat kumpulan personel dalam pelaksanaan PBS:

·          Kumpulan Pentaksir
·          Kumpulan Pemantau
·          Kumpulan Penyelaras
·          Kumpulan Pengesanan
·         Mengurus dokumen skor, evidens dan sijil adalah tanggungjawab pihak sekolah. Skor hendaklah dihantar ke Lembaga Peperiksaan Malaysia mengikut kaedah dan tempoh yang telah ditetapkan.
·         Semua rekod dan bahan pentaksiran yang diperingkatkan sulit, perlu disimpan dengan selamat selama 6 bulan selepas keputusan peperiksaan dikeluarkan.
·         Calon yang ingin mendapatkan pengecualian kerja kursus hendaklah mengemukakan permohonan  kepada Pengarah Pelajaran Negeri.

CIRI-CIRI PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH 

Pentaksiran Berasaskan Sekolah merupakan satu bentuk pentaksiran dan penilaian yang dilaksanakan di sekolah. Ianya diurus dan ditadbirkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

PBS terbahagi kepada lima (5) bentuk format pentaksiran iaitu:   

CIRI-CIRI PBS

1. Projek

·         Calon melaksanakan tugasan di sekolah
·         LPM membekalkan panduan
·         LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras
·         Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah
·         Markah dihantar kepada LPM
·         Sekolah mengeluarkan sijil

2.  Kerja kursus / PEKA

·         Calon melaksanakan tugasan di sekolah yang dikendalikan sepenuhnya oleh guru sewaktu pengajaran dan pembelajaran
·         LPM membekalkan panduan
·         LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras
·         Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah
·         Markah dihantar kepada LPM

3.  Ujian Lisan Berasaskan Sekolah

·         Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagi konteks dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.
·         LPM membekalkan panduan
·         LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras
·         Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah
·         Markah dihantar kepada LPM
·         Sekolah mengeluarkan sijil

4.  Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah

·         Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagi konteks dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.
·         LPM membekalkan panduan
·         LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras
·         Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah
·         Sekolah mengeluarkan sijil

 5. Modul

·         Calon ditaksir kompetensinya mengikut spesifikasi
·         LPM membekalkan modul pentaksiran sebagai panduan
·         LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras
·         Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah
·         Markah dihantar kepada LPM
·         Sekolah mengeluarkan sijil

KONSEP PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

Dirancang di peringkat sekolah merujuk kepada perancangan berikut:

Murid yang akan ditaksir, bila pentaksiran dibuat, kekerapan pentaksiran,   siapa yang terlibat dalam pentaksiran, pemilihan atau pembinaan instrumen pentaksiran,penskoran, pengredan dan pelaporan dibuat oleh pihaksekolah dengan berpandukan kepada Panduan PBS bagi matapelajaran berkenaan.

Ditadbir diperingkat sekolah merujuk kepada usaha mengumpul maklumat pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru pentaksir yang terlibat dalam pembelajaran murid dan pengurusan evidens.

Diskor di peringkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor kepada perkara ditaksir berdasarkan skema penskoran.

Dilaporkan diperingkat sekolah merujuk kepada perumusan skor oleh gurupentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan pelajar. Perumusan skor akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan oleh peraturan penggredan yang telah dibina.

Kerangka yang ditetapkan merujuk kepada prinsip dan konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

Dimoderatkan pula merujuk kepada usaha memastikan tiap-tiap murid ditaksir berdasarkan perkara yang sama. Mekanisme penyelarasan dan pemantauan dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran bagi menjamin kualiti.

 Mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan

Kesahan merujuk kepada sejauh mana skor pentaksiran itu dapat menggambarkan cukup cakup tentang perkara yang ditaksir dan perkara yang ditaksir itu relevan. Ini dapat ditentukan dengan menetapkan perkara yang ditaksir adalah terangkum dalam Huraian Sukatan Pelajaran.

 

Mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan.

Kebolehpercayaan merujuk kepada sejauh mana skor pentaksiran itu tepat dan tekal. Kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran ini dipastikan melalui pelaksanaan mekanisme penyelarasan dan pemantauan.

  Pelaporan positif. 

Skor yang dilaporkan menunjukkan tahap penguasaan murid dan ini boleh diperbaiki dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

PERANCANGAN PENTAKSIRAN

 1.       Perancangan

       Perancangan yang teliti dilaksanakan antara Lembaga Peperiksaan   

Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan pelaksana PBS yang telah dilantik.

 2.   Penataran

      Penataran ialah pendedahan tentang Konsep, Kerangka dan Dasar program PBS kepada pihak yang terlibat dengan pelaksanaan PBS seperti pentadbir sekolah, pemantau, penyelaras, pentaksir sekolah dan murid-murid tentang pelaksanaan PBS.

 3.    Pelaksanaan Pentaksiran

Pelaksanaan PBS ialah mentaksir perkara yang hendak ditaksir dalam PBS mengikut prosedur yang telah ditetapkan seperti dalam buku

 4.   Penyelarasan

      Penyelarasan ialah satu proses untuk memastikan pentaksiran PBS dilaksanakan dengan cara yang betul dan seragam dari segi kefahaman peraturan penskoran, penggunaan peraturan penskoran dan pemberian skor.

 5.   Pemantauan

      Pemantauan ialah satu proses mendapatkan maklumat dan memastikan program PBS dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

6.   Pengesanan

      Pengesanan ialah proses menilai program PBS dari segi pencapaian objektif, kekuatan dan kelemahan serta impaknya untuk tujuan memperbaikia program itu.

 7.   Laporan

      Penyelaras, Pemantau dan Jabatan Pendidikan Negeri akan membuat laporan mengenai pelaksanaan PBS untuk penambahbaikan.

No comments:

Post a Comment