Wednesday 14 December 2011

Tajuk 9 : Konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Bahagian V


Jadual Kerja Pelaksanaan PBS Peringkat Daerah dan Gabungan

Bil

Proses Kerja

Tindakan

Tanggungjawab

Tempoh Pelaksanaan

1

Menerima pekeliling dan taklimat penataran daripada JPN

PPD/PPG

Pen. PPD / PPG (Akademik)

Jan

2

Menubuhkan jawatankuasa PBS

PPD/PPG

Pen. PPD / PPG (Akademik)

Jan

3

Menyediakan surat arahan hadir taklimat penataran kepada sekolah

PPD/PPG

Pegawai Mata Pelajaran

Jan

4

Menyerahkan dokumen dan memberi taklimat penataran  kepada sekolah

PPD/PPG

Pegawai Mata Pelajaran

Mac

5

Memantau pelaksanaan di peringkat sekolah

PPD/PPG

AJK Pemantau

Mei-Julai

6

Menerima, menyemak disket dan cetakan skor

PPD/PPG

Pegawai Peperiksaan

Mei-Ogos

7

Menyediakan disket kumpul dan mengesahkan cetakan

PPD/PPG

Pegawai Peperiksaan

Ogos

8

Memastikan semua sekolah menghantar skor mengikut prosedur penskoran penghantaran dan jadual yang ditetapkan (bagi mata pelajaran tertentu)

PPD/PPG

Pegawai Peperiksaan

Ogos

 PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN

PERINGKAT SEKOLAH

Jawatankuasa Pengurusan PBS Peringkat Sekolah

Pengerusi               : Guru Besar

Naib Pengerusi       : Guru Penolong Kanan (Akademik)

Setiausaha             : Setiausaha Peperiksaan

Ahli Jawatankuasa  : Guru Cemerlang (mata pelajaran berkaitan)

                              Ketua Panitia (mata pelajaran berkaitan)

    Tugas dan Tanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan PBS Peringkat Sekolah

Sebelum Pentaksiran

Menerima surat pekeliling PBS daripada JPN

Menerima dokumen PBS daripada JPN

Pengetua menubuhkan Jawatankuasa PBS

Pengetua melantik pentaksir bagi setiap mata pelajaran

Menghantar senarai Jawatankuasa PBS dan pentaksir kepada JPN

Memperbanyakkan dokumen PBS untuk kegunaan pentaksir

Menyediakan jadual pelaksanaan PBS dan menghantar salinan kepada JPN dan Pentaksir Kawasan

Pihak sekolah hendaklah menyediakan kemudahan tempat seperti makmal dan bengkel untuk menjalankan PBS. Peralatan dan bahan hendaklah mencukupi bagi membolehkan murid melaksanakan PBS bagi tujuan pentaksiran dan pembelajaran.

Pihak sekolah mestilah menamakan guru mata pelajaran sebagai pentaksir untuk melaksanakan PBS. Pentaksir berperanan menjalankan PBS serta merekod dan menyimpan skor dalam Borang Skor Individu. Pentaksir juga menguruskan segala urusan yang berkaitan dengan pentaksiran, menghantar skor ke Lembaga Peperiksaan berdasarkan kaedah yang telah ditetapkan dan mengeluarkan sijil di peringkat sekolah.

Memberi taklimat pelaksanaan PBS kepada murid

Memastikan setiap murid memiliki fail PBS

Semasa Pentaksiran

Pentaksiran dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran

Penyelarasan skor di peringkat sekolah

Pemantau dalaman membuat pemantauan

Pentaksir merekod skor dalam Borang Skor Individu

Pentaksir menyimpan eviden pentaksiran dalam fail individu

Pentaksir memaklumkan skor kepada murid yang ditaksir dan murid menandatangani Borang Skor Individu bagi setiap taksiran

Pentaksir memindahkan  skor dari Borang Skor Individu ke Borang Gred Induk

 

Selepas Pentaksiran

 

Borang Skor Individu disemak dan disahkan oleh Pengetua dan disimpan di sekolah

Borang Gred Induk disemak dan disahkan oleh Pengetua. Satu salinan dihantar kepada JPN melalui KPKw

Setiausaha Peperiksaan bertanggungjawab memastikan pentaksir sekolah memasukkan GRED calon dalam aplikasi yang ditetapkan oleh LPM

Setiausaha Peperiksaan menyerahkan salinan cetakan Borang Gred Induk calon untuk disahkan oleh Pengetua

Mengeluarkan sijil PBS kepada calon.

 

No comments:

Post a Comment