Wednesday, 14 December 2011

Jadual Kerja Pelaksanaan PBS Peringkat Sekolah VI


Jadual Kerja Pelaksanaan PBS Peringkat Sekolah
Bil
Proses Kerja
Tanggungjawab
Tindakan
Tempoh Pelaksanaan
1
Menerima pekeliling dan menghadiri taklimat penataran daripada PPD / PPG
Guru Besar
GPK Akademik
Januari
2
Menubuhkan jawatankuasa pelaksana
Guru Besar
GPK Akademik
Januari
3
Melaksanakan taklimat penataran
Guru Besar
GPK Akademik
Januari
4
Melaksanakan pentaksiran
Guru Besar
Pentaksir
Jan-Julai
5
Menyelaras pentaksiran
Guru Besar
Penyelaras
Mac-Julai
6
Memantau pentaksiran
Guru Besar
Pemantau
Mac-Julai
7
Mengumpul dan memasukkan skor ke dalam aplikasi (bagi mata pelajaran tertentu)
Guru Besar
SU Peperiksaan
Ogos
8
Menghantar skor mengikut prosedur penskoran dan penghantaran yang ditetapkan (bagi mata pelajaran tertentu)
Guru Besar
SU Peperiksaan
Ogos
 PENYELARASAN

Konsep

•Penyelarasan ialah satu proses untuk memastikan pentaksiran PBS dilaksanakan dengan cara yang betul dan seragam dari segi kefahaman peraturan penskoran, penggunaan peraturan penskoran dan pemberian skor.

Objektif

–   Memastikan penyelarasan dilaksanakan dengan adil, sahih dan amanah mengikut prosedur yang ditetapkan.

Prosedur

•   Melantik Penyelaras

•   Penyelaras diberi taklimat penyelarasan

•   Melaksanakan penyelarasan

•   Memilih sampel skor secara rawak mengikut aras pencapaian calon

•   Membandingkan  skor penyelaras dengan skor pentaksir

•   Memberikan skor baru 

•   Pengetua mengesahkan skor yang telah diselaraskan

•   Memasukkan skor ke dalam aplikasi yang disediakan oleh LPM

•   Menyerahkan disket dan cetakan skor kepada PPD / PPG

•   JPN menyerahkan disket dan cetakan skor ke LPM

Penyelaras

–   Penyelaras adalah pegawai yang dilantik dan diberi tauliah untuk melaksanakan penyelarasan PBS.

–   Penyelaras terdiri daripada 2 kategori iaitu:

    Penyelaras  Luaran
»   Pegawai LPM (mata pelajaran berkaitan)
»   Pentaksir Kebangsaan
»   Pentaksir Negeri
»   Pentaksir Kawasan
Penyelaras Dalaman
–   Guru Cemerlang (mata pelajaran berkaitan)
–   Ketua Panitia (mata pelajaran berkaitan)
–   Ketua Pentaksir Sekolah (mata pelajaran berkaitan)
–   Guru yang dilantik oleh Pengetua melalui Jawatan Kuasa Kes Khas

Instrumen Penyelarasan

•Instrumen Penyelarasan yang digunakan terdapat di dalam setiap Buku Format Pentaksiran yang dikeluarkan oleh LPM.

PEMANTAUAN

Konsep

•Pemantauan ialah satu proses mendapatkan maklumat dan memastikan program PBS dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Objektif

•Memastikan pemantauan dilaksanakan dengan adil, sahih dan amanah mengikut prosedur yang ditetapkan

•Mengelakkan penyelewengan dalam PBS

Prosedur

–   Pemantau akan diberi taklimat penataran berkaitan PBS

–   Memantau pelaksanaan PBS di sekolah sekurang-kurangnya sekali setahun

–   Bilangan sekolah yang dipantau oleh seseorang pemantau akan ditetapkan oleh JPN / PPD / PPG

–   Pemantau menggunakan Borang Pemantauan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

–   Pemantau menyediakan laporan kepada JPN / PPD / PPG

Pemantau

•Pegawai Pemantau ialah pegawai yang dilantik dan diberi tauliah untuk melihat dan memastikan PBS dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh LPM.

•Pemantau terdiri daripada:

Pegawai Pemantau Luaran

– Pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia
– Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri
– Pegawai PPD / PPG
– Jemaah Nazir Sekolah
– Pegawai daripada Bahagian-Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia
– Pegawai yang dilantik dan diberi tauliah oleh LPM

Pegawai Pemantau Dalaman

•     Guru Besar

•     Guru Penolong Kanan (Akademik)

•     Guru Cemerlang (mata pelajaran berkaitan)

•     Ketua Panitia (mata pelajaran berkaitan)

•     Ketua Pentaksir Sekolah mata pelajaran berkaitan

•     Guru yang dilantik oleh Guru Besar

Tanggungjawab Pemantau   

Sebelum Pemantauan

–Menerima surat pelantikan pemantauan daripada JPN

–Menerima taklmat tugas pemantauan

–Merancang jadual pemantauan

–Menghubungi pihak sekolah

–Menyediakan dokumen-dokumen pemantauan

Semasa Pemantauan

»Berjumpa dengan Guru Besar / pentadbir sekolah untuk mendapat maklumat awal tentang PBS di sekolah berkenaan
»Bertemu dengan pentaksir sekolah
»Menyemak dokumen / evidens yang berkaitan
»Membincangkan dapatan dengan pihak sekolah

Selepas Pemantauan

»Menyediakan laporan dapatan pemantauan
»Menghantar laporan dapatan pemantauan dan instrumen pemantauan yang lengkap kepada urusetia / ahli jawatankuasa PBS JPN
»Menghantar satu salinan laporan dapatan pemantauan ke sekolah

Instrumen Pemantauan

•Instrumen Pemantauan adalah dokumen yang disediakan oleh LPM untuk memantau pelaksanaan PBS di sekolah.




No comments:

Post a Comment