Thursday 8 December 2011

BMM3103 Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Tajuk 1 :Pengetahuan & Konsep 

1.2 Hasil pembelajaran

1.2.1. Konsep pentaksiran

1.2.2. Konsep pengujian

1.2.3. Konsep penilaian

1.2.4. Perkaitan antara Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian

 
1.4  Pentaksiran

Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Maklumat meliputi hal- hal berkaitan topik, bukti dan prestasi. Penghakiman melibatkan hal-hal seperti pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan, manakala produk pula melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai. Proses pendidikan pula  melibatkan operasi, dapatan dan hasil. Aspek-aspek utama dalam pentaksiran ialah:-
i.    Instrumen 
ii.  Kumpulan yang ditaksi
iii. Respon 
iv. Kumpulan yang menaksi
v.  Skor

1.5 Pengujian
  • Merupakan satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan dengan cara yang sistematik.
  • Ia juga satu cara bagi mengukur tingkah laku seseorang individu.

  • Ia dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu, sebelum, semasa dan selepas sesuatu pengajaran
  • Ujian boleh diberikan sebelum sesuatu pengajaran berlaku dengan tujuan untuk mengumpul maklumat. Ujian itu dikenali sebagai ujian pra atau pre- test.
  • Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku ujian diberikan sama ada secara  lisan  atau  bertulis.  Ujian  ini  bagi  mengetahui  kemajuan  yang dicapai oleh pelajar-pelajar dan pemahaman mereka terhadap P&P guru.

Ujian ialah satu alat.  Dalam P & P bahasa, ujian ialah bahan yang bertulis atau tercetak atau terakam yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa. Misalnya, guru membina ujian kloz bagi menguji kefahaman membaca atau ujian imlak bagi menguji kefahaman mendengar.  Namun, perlu diingat bahawa ujian mungkin menjadi kurang baik jika pentadbir ujian menggunakannya dan menginterpretasinya secara tidak jujur Oleh itu, ujian perlulah digunakan sesuai dengan perkara yang hendak diuji itu 
Contohnya,
 jika guru menguji tahap kefahaman murid Tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini tidak menggalakkan.


1.6 Penilaian
Penilaian telah didefinisikan dengan banyak cara. Stufflebeam et. al. (1971: xxv) menyatakan penilaian sebagai the process of delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives.

 Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian adalah suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.
 
Penilaian merupakan satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia adalah satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum. Pentafsiran penilaian berdasarkan data kuantitatif dan penghuraian kualitatif. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru. Ia boleh dijalankan berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau kepada keseluruhan kurikulum.

Kepentingan Penilaian Ujian Di Bilik Darjah

Penilaian dan ujian mempunyai beberapa tujuan. Antaranya ialah untuk:
  • mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada pelajar-pelajar dalam perkara yang hendak diajar.
  • menolong guru-gur mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar mereka telah dapat menguasai atau mempelajari  perkara yang telah disampaikan.
  • membandingkan  pencapaian  seseorang  pelajar  dengan  teman- teman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah.
  • menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat lemah dalam pencapaian mereka.
  • membolehkan  guru-guru  menilai  bahan-bahan  dan  teknik  serta kaedah pengajaran mereka.  Melalui ujian dan penilaian mereka sentiasa dapat meningkatkan pengajaran mereka; dan
  • membolehkan pelaja mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran atau bidang itu dan segera pula memperbaikinya.

Kepentingan Penilaian Ujian Di Bilik Darjah

Penilaian dan ujian mempunyai beberapa tujuan. Antaranya ialah untuk:

  • mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada pelajar-pelajar dalam perkara yang hendak diajar.
  • menolong guru-guru   mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar mereka telah dapat menguasai atau mempelajari  perkara yang telah disampaikan.
  • membandingkan  pencapaian  seseorang  pelajar  dengan  teman- teman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah.
  • menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat lemah dalam pencapaian mereka.
  • membolehkan  guru-guru  menilai  bahan-bahan  dan  teknik  serta kaedah pengajaran mereka.  Melalui ujian dan penilaian mereka sentiasa dapat meningkatkan pengajaran mereka; dan
  • membolehkan pelajar   mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran atau bidang itu dan segera pula memperbaikinya.

No comments:

Post a Comment