Wednesday, 14 December 2011

Tajuk 9 : Konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Bahagian VII


PENGESANAN

Konsep

•Pengesanan ialah proses menilai program PBS dari segi pencapaian objektif, kekuatan dan kelemahan instrumen serta impaknya untuk tujuan memperbaiki program itu.

Objektif

•Tanpa pengesanan, tidak dapat diketahui atau dipastikan sama ada program PBS mencapai objektifnya. Dalam keadaan begini adalah sukar untuk merangka tindakan bagi memperbaiki program itu dari semasa ke semasa. Justeru itu proses pengesanan adalah merupakan perkara yang penting dan genting dalam PBS.

Personel

•Pengesanan boleh dijalankan secara dalaman atau luaran

•Pengesanan secara dalaman boleh dijalankan oleh pegawai daripada institusi berikut:

•Lembaga Peperiksaan Malaysia

•Bahagian-bahagian dalam Kementerian Pendidikan Malaysia

•Pengesanan secara luaran boleh dijalankan oleh:

•pelajar-pelajar yang menjalankan penyelidikan di peringkat ijazah sarjana/ijazah kedoktoran

•penyelidik swasta

Prosedur   

    Pengesanan dijalankan dengan menggunakan kaedah kajian gunaan (applied research) berdasarkan sampel (sample).

 Prosedur   

    Untuk setiap kajian, strategi / kaedah berikut dijalankan.

    1.   Mengenalpasti tujuan kajian

    2.   Menentukan dan membina instrumen kajian yang bersesuaian.

     Contoh instrumen yang boleh dipilih seperti berikut:

»Instrumen soal selidik
»Temubual
»Senarai semak
»Pemerhatian

    3.   Menentukan persampelan

    4.   Melaksanakan pengumpulan data daripada sumber ditentukan seperti:

–Guru Besar
–Guru
–Penyelaras
–Pemantau
–Murid
–Jabatan Pendidikan Negeri
–Penggubal
–Ibubapa

    5.   Melaksanakan pemprosesan data dengan mengambil kira pembolehubah berikut:

–Lokasi sekolah
–Keberkesanan panduan / dokumen pentaksiran sekolah
–Penggunaan panduan / dokumen
–Kefahaman pelaksanaan
–Konsep perkara yang ditaksir
–Maklumat dan kekangan
–Guru
–Murid

    6.   Membuat rumusan kajian berdasarkan dapatan

    7.   Menyediakan laporan

   8.   Mengemukakan cadangan

Pelaksanaan Pengesan

•Pengesanan PBS mestilah dijalankan selepas satu kitaran lengkap pelaksanaan PBS.

PROSEDUR

KESELAMATAN

    Skor yang diberi berdasarkan evidens calon menunjukkan calon telah ditaksir mengikut ketetapan dalam dokumen pentaksiran PBS.  Skor dan evidens perlu diuruskan mengikut prosedur keselamatan yang telah ditetapkan

 Proses Pengurusan Skor

•    JPN menerima aplikasi kemasukan skor PBS daripada LPM dan mengedarkan ke sekolah melalui PPD / PPG

•    Pengetua bertanggungjawab memastikan skor dihantar ke PPD /  PPG akur dengan prosedur penghantaran yang ditetapkan (bagi mata pelajaran tertentu)

•    PPD / PPG memastikan skor diterima daripada sekolah dan dihantar ke JPN akur dengan prosedur penskoran dan jadual penghantaran yang ditetapkan

Proses Pengurusan Skor

•   JPN memastikan skor diterima dari PPD / PPG dan dihantar ke LPM  akur dengan prosedur penskoran dan jadual penghantaran yang ditetapkan

•   Guru Besar bertanggungjawab memastikan skor calon disimpan di tempat yang selamat dan mematuhi prosedur keselamatan

Pengurusan Evidens

•    Pengetua bertanggungjawab memastikan evidens calon disimpan seperti ketetapan yang terdapat dalam Dokumen Pentaksiran PBS mata pelajaran yang berkaitan

•    Evidens produk calon yang berpindah hendaklah disimpan di sekolah asal jika telah selesai sepenuhnya.  Jika evidens produk belum disiapkan sepenuhnya, evidens produk hendaklah dibawa ke sekolah baru

•    Tempoh penyimpanan evidens produk tahun 6 ialah enam (6) bulan selepas keputusan UPSR diumumkan

•    Tempoh penyerahan evidens produk kepada calon ialah 30 hari selepas tempoh penyimpanan tamat

•    Pengetua berhak melupuskan evidens yang tidak dituntut oleh calon selepas tamat tempoh penyerahan

PENGURUSAN &

PROSEDUR KES KHAS

Calon Pindah

•          Calon yang mendapat kelulusan berpindah boleh menukar pilihan mata pelajaran KHB jika pilihan asal tidak ditawarkan di sekolah baru.  Walau bagaimanapun calon dinasihatkan supaya memilih sekolah yang menawarkan pilihan KHB asal

•          Calon yang berpindah ke sekolah baru tidak dibenarkan menukar mata pelajaran KHB yang lain sekiranya sekolah tersebut ada menawarkan mata pelajaran berkenaan

•          Sekiranya calon yang berpindah tersebut terpaksa menukar pilihan KHB, skor pilihan KHB yang asal hendaklah diambil kira sebagai skor bagi KHB baru

•   yang mengambil Bahasa Arab Komunikasi yang  berpindah ke sekolah baru yang tidak menawarkan mata pelajaran tersebut, Pengetua sekolah baru bertanggungjawab memaklumkan kes ini ke Jabatan Pelajaran Negeri untuk urusan pentaksiran Ujian Lisan calon Calon berkenaan

•   Sekolah asal calon bertanggungjawab memastikan rekod, butiran pentaksiran dan skor calon yang terkini dihantar ke sekolah baru

•   Sekolah baru bertanggungjawab memastikan rekod, butiran pentaksiran dan skor calon diterima daripada sekolah asal

•   Sekolah baru bertanggungjawab memasukkan skor calon ke dalam aplikasi yang ditetapkan bersama-sama skor calon lain.

Calon Daftar Lewat

•   Calon hanya dinilai dalam tempoh pelaksanaan PBS

•   Skor calon hanya akan diambil kira  dalam tempoh calon melaksanakan PBS

Pengecualian PBS

•    Calon yang ingin mendapat pengecualian PBS hendaklah mengemukakan permohonan dan mendapat kelulusan daripada Pengarah Pelajaran Negeri.  JPN hendaklah menghantar salinan yang telah diluluskan ke LPM.

 SEMOGA BERMANFAAT

No comments:

Post a Comment