Wednesday 14 December 2011

Tajuk 9 : Konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Bahagian II

PELAKSANAAN
 

Petugas Pentaksiran

Terdiri daripada:

·         Pentaksir Kebangsaan
·         Pentaksir Negeri
·         Pentaksir Kawasan
·         Pentaksir Sekolah

Pentaksir Kebangsaan(PK)

·         Dilantik oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia

·         Guru terlatih

·         Opsyen yang berkaitan dengan mata pelajaran

·         Disahkan dalam jawatan

·         Berpengalaman

Pentaksir Negeri(PN)

Dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri

Guru terlatih

Opsyen yang berkaitan dengan mata pelajaran

Disahkan dalam jawatan

Berpengalaman dalam mata pelajaran berkaitan

 Pentaksir Kawasan(PKw)

Dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri

Guru Besar / guru cemerlang / guru terlatih

Opsyen berkaitan mata pelajaran

Berpengalaman

Disahkan dalam jawatan

 Pentaksir Sekolah(PS)

Dilantik oleh Guru Besar / Jawatankuasa   Pentaksir Kes Khas

Guru terlatih

Opsyen mata pelajaran berkaitan

Jika bukan opsyen mata pelajaran berkaitan mesti berpengalaman mengajar mata pelajaran berkaitan sekurang-kurangnya 3 tahun dilantik dalam jawatan

 Tugas Pentaksir Kebangsaan(PK)

 Sebelum pentaksiran:
·         Menghadiri mesyuarat dan perbincangan bersama pegawai mata pelajaran di LPM
·         Mempengerusikan mesyuarat dan taklimat bersama  Pentaksir Negeri (PN)
·         Merancang jadual / aktiviti pemantauan dan  penyelarasan
·         Membuat pemantauan dan penyelarasan peringkat kebangsaan

Semasa Pentaksiran:

·         Berjumpa Pengetua sekolah memaklumkan kehadiran semasa lawatan ke sekolah.
·         Melihat jadual perancangan pentaksiran calon-calon sekolah

Selepas Pentaksiran:

·         Mengumpul dan menyatukan laporan daripada semua PN
·         Mengemukakan cadangan dan tindakan susulan kepada LPM

 Tugas Pentaksir Negeri(PN)

Sebelum Pentaksiran:
·         Menghadiri mesyuarat penyelarasan kebangsaan
·         Menyelaras tugas  Pentaksir Kawasan (PKw)
·         Mempengerusikan mesyuarat penyelarasan peringkat  negeri
·         Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa ke semasa

Semasa Pentaksiran:
·         Melawat sekolah
·         Melaksanakan penyelarasan skor peringkat negeri

Selepas Pentaksiran:
·         Menjadi penasihat kepada jawatankuasa Pentaksir Kes Khas Sekolah
·         Mengumpul dan menyatukan laporan daripada PKw
·         dan menghantar kepada PK

Tugas Pentaksir Kawasan(PKw)  

Sebelum Pentaksiran:

·         Menghadiri mesyuarat penyelarasan di peringkat negeri

·         Memberi taklimat kepada PKw dan PS

Semasa Pentaksiran:

·         Menyelaras pentaksiran oleh PS

·         Bertanggungjawab untuk memastikan setiap calon melalui proses pentaksiran yang lengkap

·         Melaksanakan penyelarasan skor di sekolah

Selepas Pentaksiran:

·         Mengumpul dan menyatukan laporan dan menyerahkannya kepada PN

·         Menyelesaikan kes-kes khas

 Tugas Pentaksir Sekolah (PS)

 Sebelum Pentaksiran:
·         Menghadiri mesyuarat penyelarasan peringkat kawasan dan sekolah
·         Bertanggungjawab memberi taklimat dan penerangan kepada calon

Semasa Pentaksiran:
·         Membimbing dan membantu calon meningkatkan prestasi
·         Mentaksir calon
·         Mengisi borang-borang penskoran individu dan lain-lain yang berkaitan.
·         Memberi kerjasama kepada pentaksir negeri/ kawasan dalam urusan penyelarasan

Selepas Pentaksiran:

·         Mentaksir semula kerja murid jika ada perubahan selepas diselaraskan oleh PN/PKw
·         Menyerahkan skor kepada SUP
·         Menyimpan rekod dan evidens ditempat selamat selama 6 bulan selepas keputusan diumumkan
·         Menyediakan laporan dan menyerahkannya kepada PKw
·         Memastikan borang penskoran individu yang berpindah sekolah dihantar ke sekolah baru
·         Menyediakan sijil PBS bagi setiap calon
·         Menyelesaikan kes-kes khas

GRED SEMPADAN SKOR PBS

Gred Sempadan Skor adalah julat skor yang menggambarkan pencapaian greddalam PBS bagi mata pelajaran berkaitan akan dimaklumkan dari semasa kesemasa.

 Pelaporan  PBS dilaksanakan dalam dua peringkat iaitu:

 1.  Peringkat sekolah

      Pelaporan skor

      Borang Markah Individu dan Kelompok /  Keseluruhan / Induk

      Penyataan / Sijil Pencapaian Kerja Kursus / Ujian Lisan

 2.  Peringkat Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM)

      Slip keputusan

      Penyataan keputusan

Pelaporan Pencapaian PBS calon yang dicatatkan dalam slip keputusan dan penyataan adalah seperti berikut:

No comments:

Post a Comment